Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Perintah Berbakti Kepada Orang Tua Beriringan Dengan Perintah Bertauhid

Dirangkaikannya antara kewajipan bertauhid dengan berbuat baik kepada orang tua di dalam Al-Qur'an mahupun As-Sunnah menunjukkan bahawa berbakti kepada orang tua merupakan ibadah agung di sisi Allah. Di antaranya:

📖 Allah berfirman, "Katakanlah kemarilah aku membacakan apa yang diharamkan atas kamu oleh Rabbmu janganlah menyekutukanNya dengan sesuatupun dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua." (Al-An'am: 151)

📖 Allah berfirman, "Beribadahlah kepada Allah dan janganlah menyekutukanNya dengan sesuatupun dan berbuat baiklah kepada orang tua." (An-Nisa': 36)

📕Di dalam As-Sunnah, Abu Bakrah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, "Mahukah ku beritakan kepada kamu tentang dosa-dosa besar yang terbesar?" Kami menjawab, "Ya, wahai Rasulullah." Baginda bersabda, "Syirik kepada Allah dan derhaka kepada kedua orang tua..." (Muttafaqun 'alaihi)

📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com

Posting Komentar untuk "Perintah Berbakti Kepada Orang Tua Beriringan Dengan Perintah Bertauhid"

Join Channel Telegram